Monday, November 23, 2020

KAIN DAPUR

Terdapat 6 (enam) jenis kain dapur yang mempunyai fungsinya tersendiri. Antara jenis kain dapur ialah kain pengelap tangan, kain pengelap alatan, kain pengelap meja, kain maslin, sarung tangan ketuhar dan kain pemegang periuk. 

Sarung tangan ketuhar
  • Mengangkat dan mengalihkan alatan panas daripada ketuhar.
  • Memegang atau membuka pintu ketuhar yang panas.

Kain pemegang periuk
  • Memegang dan mengangkat periuk, kuali atau alatan panas daripada dapur.

Kain maslin
  • Menutup makanan yang telah atau belum dimasak.
  • Menapis cecair seperti santan, jus buah-buahan dan agar-agar.

Kain pengelap tangan
  • Mengesat dan mengeringkan tangan yang basah.

Kain pengelap alatan
  • Mengelap dan mengeringkan pinggan mangkuk, kutleri dan peralatan memasak.

Kain pengelap meja kerja dan dapur

  • Mengelap dan mengeringkan meja kerja dan dapur.










 


Thursday, November 19, 2020

PENGURUSAN RUANG KEDIAMAN

 Terdapat tiga (3) ruang tempat kediaman.


1- Ruang sosial -tempat berehat, melayan tetamu, berinteraksi dengan keluarga dan mengisi masa lapang.

contoh: ruang tamu dan ruang makan.


2- Ruang kerja - tempat untuk melakukan aktiviti penyediaan dan penyimpanan makanan, barang dan melakukan kerja pembersihan.

contoh: dapur, stor, garaj


3- Ruang persendirian- tempat berehat dan menyimpan almari pakaian dan mengemas diri.

contoh: bilik tidur dan bilik mandi.👚


Bagi pemahaman yang lebih jelas, pelajar-pelajar boleh menonton video dibawah :).




ALATAN DAN BAHAN MEMBERSIH

bulu ayam

pembersih vakum


penyapu


kain lap


berus syiling


mop


baldi


cecair pencuci lantai


pencuci cermin


PERANGGU MEJA

 KUTLERI Kutleri digunakan dalam susun atur peranggu meja. Susunan kutleri ini berbeza mengikut sajian yang akan dihidangkan. Setiap kutleri...